Sejak akhir-akhir saya kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran
anak sulung saya di rumah. Mungkin disebabkan kepenatan, kesibukan
suami dan kekangan masa yang saya hadapi seminggu dua ini. InsyaAllah
saya akan cuba memperbaiki cara saya terutamanya dalam segi menguruskan
masa bersama anak-anak. Ingin saya berkongsi cara-cara mendidik
anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun di rumah. Artikel ini saya ambil
dari www.bicaramuslim.com. Semoga ia berguna untuk saya dan ibubapa
diluar sana.
A. PERKEMBANGAN FIZIKAL
1.
Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan,
ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak-
anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan.
Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ
anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah
pengawasan ibubapa.
2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal
pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam
jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka
duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka
persekitaran sambil kita mengawasi mereka.
B. PERKEMBANGAN MENTAL
1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..
2.
Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu
mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang
sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus
menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera
(mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak
mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya:
mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai
jenis haiwan dan sebagainya.
3. Perbendaharaan kata mereka masih
terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit,
baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan
menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan,
kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang
disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.
4. Pemikiran
anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding
dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati
tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini
dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi
pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih
cepat.
C. PERKEMBANGAN EMOSI
Menyukai
suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang
asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling,
perasaan takut lama kelamaan akan hilang.
D. PERKEMBANGAN SOSIAL
1.
Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin
menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu
ia lakukan sendiri.
2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung
memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu
benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan"
kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika
bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa
supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak
lain.
3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak
bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji"
persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu
mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku
mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa
yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus
tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka
bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya
adalah salah.
E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)
1.
Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus
membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan
kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum
makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.
2. Anak juga
berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka
untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan.
Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat
dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian,
ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.
AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI
Secara
fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka
bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk
jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum
berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang
rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang
dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak
di tahap ini ialah:
1. PERMAINAN BLOK
Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun
blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka
membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat
merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan
daya imajinasi mereka.
2. PUZZLE
Puzzle
adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah
dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu
rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping,
sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.
3. MELUKIS
Sediakan
kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan
menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya
anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.
4. MENAMPAL
Gunakan
gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta
anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan
beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan
mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3
ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput
yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira.
Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing
dsbnya.
5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon.
Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum
dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan
mereka terhadap warna.
Itulah di antara beberapa aktiviti yang
dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini
dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang
perkembangan anak-anak.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar